Tuesday, January 25, 2011

KEM MARIN RANDAU 2011-SIRI 1

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pertama kalinya persatuan teknologi marin telah mengadakan satu kem sebagai aktiviti pembukaan semester baru ini.Kem ini dinamakan sebagai KEM MARIN RANDAU yang diadakan pada 22 jan hingga 23 jan di Taman Negeri Perlis.Hanya part 1 hingga part 5 sahaja yang terlibat dalam kem ini.Part 6 terpaksa dikecualikan kerana mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek tahun akhir mereka.Objektif utama kem ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara semua part.Selain itu,ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara junior dan senior.

Tepat jam 8.oo pagi,semua pelajar telah bergerak dari arau dengan menaiki 3 buah bas yang disewa khas dari syarikat BINTONG.Perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit.Namun begitu,semua pelajar dikehendaki menaiki van-van yang disewa untuk ke Taman Negeri Perlis tersebut.Hal ini kerana bas-bas yang disewa itu tidak mampu untuk melalu jalan yang penuh dengan selekoh tajam.Oleh itu,semua pelajar terpaksa menunggu giliran menaiki van kerana hanya dua buah van sahaja disewa khas untuk ke taman negeri tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem tersebut diadakan.Antara aktiviti yang diadakan adalah caving,survival,LDK dan night walk.Semua aktiviti yang dijalankan ini sangat mencabar buat pelajar-pelajar marin teknologi.Mana taknya,semua pelajar-pelajar marin lebih tertumpu pada laut tetapi kali ini mereka semua terpaksa meredah hutan dan juga masuk ke dalam gua yang sangat gelap.Aktiviti ini sangat mencabar fizikal dan mental para peserta.Para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan setipa kumpulan mempunyai fasilitator.Fasilitator terdiri daripada pelajar dari part 4.Setiap fasilitator mempunyai tugas tersendiri untuk membimbing para peserta.

Aktiviti caving dan night walk adalah aktiviti yang sangat mencabar bagi para peserta.Hal ini kerana para peserta diuji dari segi mental dan juga fizikal.Aktiviti caving memerlukan tenaga yang banyak untuk meredah hutan dan juga masuk ke dalam gua yang sangat gelap.Para peserta diminta membawa torchlight semasa memasuki gua tersebut.Gua itu dinamakan sebagai Gua Burma.Kemudian,para peserta perlu menuruni curam yang tinggi dengan menggunakan tali yang disediakan.Selepas itu,para peserta terpaksa meredah air yang terdapat di sepanjang jalan di dalam gua tersebut.

Aktivit malam pula,para peserta perlu memasuki hutan bersama dengan ahli kumpulan masing-masing tanpa membawa sebarang torchlight.Mereka perlu memasuki hutan dalam keadaan yang gelap dan perlu mencari jalan keluar.Ahamdulila.Semua peserta telah berjaya menjumpai jalan keluar dan semua peserta selamat sampai ke tempat asal tanpa sebarang masalah.Dari aktiviti,ia dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain selain dapat menguatkan lagi mental dan fizikal mereka.

Pada keesokan harinya,semua peserta menjalani PT pagi iaitu jogging pada waktu pagi.Semua peserta bersemangat menjayakan aktiviti pada pagi itu.Selepas itu,mereka menjalankan aktivit dalam berkumpulan.Selesai sahaja aktivit itu,para peserta diminta mengemas khemah masing dan bersiap sedia untuk pulang ke arau.Tepat jam 12.30 tengah hari,semua peserta telah mengosongkan tapak perkhemahan tersebut dan berjalan kaki ke tempat menunggu van.Diharapkan agar kem seperti ini akan terus dijalankan pada semester yang akan datang agar semua pelajar marin teknologi dapat memupuk semangat kerjasama.

sekian,terima kasih.Maju marine kerana kerjasama, cemerlang marine kerana toleransi.








No comments:

Related Posts Plugin for Blogger